Sunday, October 17, 2010

Info : Pokok Melaka


Pokok Melaka (bahasa Inggeris: Indian gooseberry; nama botani: Phyllanthus Emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:bahasa Sanskrit: amalakabahasa Hindi: amla, bahasa Tamil: nelli. Fizikalnya kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. 


Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau. Daun pokok Melaka seakan-akan sama dengan daun pokok Petai Padi. Kebiasannya tumbuh rendang dan mempunyai banyak dahan yang bercabang-cabang.


Di India, buah pokok Melaka biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.Dalam agama Hindu, pokok Melaka dianggap sebagai sejenis pokok suci yang disembah sebagai Ibu Bumi di India.

Di Melaka, buah pokok Melaka diproses menjadi jus dan menjadi minuman rasmi Kerajaan Negeri untuk majlis-majlis kebesaran.



Pokok Melaka pada jata Negeri Melaka sebagai simbol bagaimana Kerajaan Melaka mendapat nama

Pokok Melaka pada jata Malaysia yang melambangkan Negeri Melaka sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan
Pokok Melaka