Tuesday, October 19, 2010

Info: Daerah Melaka Tengah

Pentadbiran daerah Melaka Tengah terletak di Tingkat 2, Blok C, Wisma Negeri, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka. Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah pada dahulunya adalah merupakan pusat pentadbiran British. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, pejabat ini telah dinaik taraf untuk menjadi salah sebuah agensi kerajaan yang penting.


Selain daripada mentadbir hal-ehwal tanah dan memungut cukai, ia juga berfungsi sebagai agen projek-projek sosial dan ekonomi supaya penduduk Melaka Tengah dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Untuk mentadbir daerah ini, 14 orang pegawai daerah telah dilantik dari tahun 1950 sehingga sekarang.