Tuesday, October 19, 2010

Melaka Cuisine: Belacan

Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.


Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.


Proses pembuatannya.. udang dibersihkan dahulu, kemudian dimasukkan kedalam pengisar, tambahkan sedikit garam dan bahan pengawet. kisarkan belacan tersebut sehingga hancur. keluarkan dan jemurkan belacan tersebut. 


tambahkan sedikit tepung bagi membolehkan belacan tersebut dibentuk empat segi mahupun bulatan. Di Melaka, belacan yang paling enak dan terkenal dikenali sebagai 'Belacan Tanjung' yang banyak terdapat di Pantai Klebangn dan pasar-pasar sekitar Melaka.