Monday, October 18, 2010

Menarik : Melaka River Cruise

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka telah menubuhkan Melaka River Cruise (MRC) yang telah dirasmikan Ketua Menteri Melaka pada 11 November 2005. Sungai Melaka telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sebagai sungai pelancongan utama Negeri. 


Kerajaan Negeri Melaka berusaha untuk menjadikan Sungai Melaka setaraf Sungai Venice di Itali dan Sungai St. Antonio di Texas dengan memperkenalkan Melaka River Cruise. Di awal penubuhan MRC, terdapat dua (2) buah bot Melaka River Cruise. Tun Teja yang mampu 20 penumpang manakala Tun Fatimah pula 40 penumpang. Pembuatan bot berkenaan mengambil masa 4 minggu dan telah disiapkan oleh sebuah Syarikat Tempatan Negeri Melaka.


Melaka River Cruise telah mula beroperasi pada 18hb Februari, 2008. Terdapat 4 buah jeti untuk penjualan tiket iaitu di Taman Rempah Ratus, Medan MBMB, Padang Nyiru dan Muara Sungai Melaka. Perjalanan mengambil masa 45 minit dan jarak adalah 9 km. Melaka River Cruise mempunyai 13 orang jurumudi. 


Bayaran tiket untuk RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Kanak-Kanak berumur dari 2 tahun hingga 12 tahun dikenakan bayaran manakala kurang dari 2 tahun percuma dan mesti diiringi oleh ibu bapa/ penjaga masing-masing. Melaka River Cruise pada masa ini mempunyai 12 buah bot iaitu 6 buah bot 20 penumpang dan 6 buah bot 40 penumpang. Dijangkakan menjelang tahun 2010 Melaka River Cruise akan mempunyai sebanyak 40 buah bot persiaran.