Monday, October 18, 2010

Info: Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Melaka kini mempunyai 4 buah daerah kesemuanya. Daerah Hang Tuah Jaya merupakan daerah terbaru di Melaka setelah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dirasmikan / ditubuh pada 1 Januari 2010. Hang Tuah Jaya merupakan pusat pentadbiran baru bagi kerajaan negeri Melaka. 


Daerah Hang Tuah Jaya meliputi kawasan se
luas 35733.04 ekar, merupakan sebahagian daripada 3 daerah iaitu Melaka Tengah dengan 22601.03 ekar, Alor Gajah (12396.41 ekar) dan Jasin (28532.01 ekar).
Di sini terdapat pelbagai pejabat kerajaan, kawasan perdagangan, pusat konvensyen, kawasan rekreasi, terminal pengangkutan, pendidikan serta tempat tumpuan pelancongan.
Hang Tuah Jaya dibahagikan kepada beberapa zon iaitu:


Zon Pentadbiran
Zon R&D dan Hub Pendidikan
Zon Perdagangan
Zon Enterprise
Zon Airport City
Zon Pelancongan
Cyber City


Daerah-daerah lain di Melaka ialah Daerah Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah.