Tuesday, October 19, 2010

People: Chitty Community

Terdapat di antara 30 hingga 50 keluarga atau di antara 300 hingga 350 orang keturunan kaum Chitty Melaka dengan purata 5 anggota ahli sekeluarga. Kebanyakkan daripada mereka telah menetap di sini sejak sekurang-kurangnya 6 keturunan. 


Rumah-rumah yang didiami dibina berbentuk separuh kekal dengan ciri seni unik iaitu serambi yang berfungsi sebagai tempat beristirahat di bahagian hadapan rumah.Masyarakat Chitty Melaka terdiri daripada beberapa keturunan seperti Chitty, Mudaliar, Narker, Rajah, Padiachee, Pillay, Pathair, Konar dan Pandaram. 


Mereka mewarisi nama keluarga mereka yang berasal dari India. Walau bagaimanapun generasi Chitty hari ini tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan persaudaraan dalam India.