Monday, November 29, 2010

Event: Showcase Satu Daerah Satu Industri 2010

Wah, Riqq betul-betul tak sabar nak tunggu event ni, Showcase Satu Daerah Satu Industri, SDSI 2010 anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Pesekutuan. SDSI 2010 akan berlangsung selama 10, 11 dan 12 Disember 2010 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 

Seperti tahun lepas, SDSI 2010 akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Showcase SDSI menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung dan pempamer dari seluruh negara seperti pameran dan jualan, persembahan pentas, menu Malaysia (sajian makanan popular 13 negeri), pemadanan perniagaan (business matching), klinik usahawan, seminar dan macam-macam lagi. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke semua pavilion 13 negeri seluruh negara dan pavilion agensi-agensi lain yang menyertai showcase tahun ini. Tahun lepas Riqq beli macam-macam produk SDSI macam gambar kat bawah ni:


1. Lukah Terengganu bersaiz kecil. Ada juga yang sebut sebagai bubu. Sempat tawar menawar dalam loghat terengganu. Dapat diskaun RM3. Haha


2. Bubu Kedah produk keluaran Kraftani MADA, Kedah. Beli pada hari terakhir


 3. Rebana Ubi Terengganu bersaiz kecil, sangat comel. Sekali pandang Riqq terus beli!

 4. Gendang Terengganu bersaiz kecil. Takkan rebana je, Riqq beli lagi satu, gendang ni

 Ada lagi label Kraftani MADA, siap alamat & nombor telefon untuk tempahan


5. Labu sayong Perak, yang ni Riqq beli sebab unik. Kakak tu cakap labu ni punya corak dibuat gunakan teknik tiup buih guna straw. Cantik kan?

6. Labu sayong Perak biasa bersaiz kecil. Riqq tertarik dengan saiznya yang kecil dan ada corak-corak ukiran halus.

7. Labu sayong Perak teknik tampal tekan. Labu diwarnakan kemudian ditampal dengan tanah liat kemudian ditekan menjadi corak bunga dan daun yang timbul-timbul. Cantik dan unik, bertekstur.


Brosur SDSI 2010

 Bahagian dalam brosur

Design brosur SDSI 2010

 Opps...ada lagi, lupa plak.Riqq ada beli barang ke-8. Sepasang tudung saji kecil hiasan dinding dari Terengganu

Nak beli tudung saji ni pun dekat setengah jam dok pilih. Naik lebam mak cik tu melayan.Hahaha. Last-last warna hijau jugak Riqq beli. 

Sekitar SDSI 2009, Majlis Perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri

Brosur tahun lepas

Bagi penggemar-penggemar makanan tradisional seperti kuih cincin (Sabah), kek lapis (Sarawak), dodol, wajik, wajik sirat, bipang kacang, bangkit, bahulu, dan sebagainya, jangan lepaskan peluang ini. Macam-macam anda boleh rasa dan beli. Rendang tok, serunding daging, ketupat palas, sate, otak-otak, satar, gulai kawah, laksa penang, mee kolok, produk-produk herba dan kuih muih, kraftangan, aksesori, pakaian serta makanan tradisional setiap negeri boleh didapati di showcase ini. 

Harga memang berpatutan kerana pengusaha-pengusaha SDSI sendiri yang buat promosi dan turun padang. Jadi, orang-orang Melaka, Muar dan Nogori jangan lupa berkinjung ke MITC dari 10 hingga 12 Disember 2010 ini ye. Yang jauh nak datang lagi bagus. Riqq dah ready nak explore showcase ni. Jumpa anda di sana ya! Masuk adalah percuma.

Oh ye...klik link dibawah untuk brosur SDSI 2010:

atau dapatkan brosur SDSI di semua TIC (pusat penerangan pelancongan di Melaka Sentral, Jalan Kota, Menara Taming Sari, Plaza Tol Ayer Keroh dan lain-lain)

Sunday, November 28, 2010

Berita: Pembinaan Bangunan Baru Majlis Perbandaran Alor Gajah


Semalam, 27 November 2010, satu majlis menandatangani perjanjian pembinaan bangunan pejabat baru Majlis Perbandaran Alor Gajah telah berlangsung di Bunga Raya Ballroom, Hotel Renaissance yang dihadiri DAR dan exco-exco kerajaan negeri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kerana telah melangkah setapak ke hadapan dan mungkin telah membuat persiapan rapi untuk mencapai status majlis bandaraya. Riqq kagum dengan usaha MPAG dan rindukan Bandar Alor Gajah. Panorama malam Bandar Alor Gajah sangat cantik dan bergemelapan dengan lampu pelbagai warna, kelazatan kuih udang, kesesakan Bandar Tampin, keseronokan berjalan-jalan di pasar malam Masjid Tanah, keindahan panorama Tanjung Bidara, Pantai Pengkalan Balak, Nasi Lemak Mak Jan, Nasi Ayam Nadia dan macam-macam lagi.

DAR berucap pada majlis tersebut

Montaj untuk majlis

Antara tetamu yang hadir

DAR sudah bersedia

Perjanjian sedang ditandatangani antara YDP Alor Gajah dan wakil WESB Resources Sdn Bhd

Pertukaran Perjanjian

Perjanjian selesai

Cenderamata untuk DAR

DAR diberi penerangan mengenai bangunan baru tersebut

Fasa-fasa pembinaan bangunan MPAG

DAR, tengok sini jap

Sidang Media 

Jamuan ringan

Cenderamata yang diterima DAR

Ucapan tahniah dan jambangan bunga untuk MPAG

Majlis bersurai

Semoga apabila terbinanya bangunan baru tersebut, MPAG akan terus gah dan diharap Alor Gajah akan menjadi sebuah bandar yang lebih maju dan setanding bandar-bandar lain di Melaka. Tak lupa juga Riqq nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk isteri DAR, Datin Seri Asmah Abd Rahman. Tahniah dan syabas sekali lagi MPAG!

Saturday, November 27, 2010

Busana Tradisi: Busana Masyarakat Baba dan Nyonya Melaka


Busana Baba Nyonya Melaka sangat unik dan indah. Busana kaum minoriti ini telah berasimilasi antara kebudayaan tulen masyarakat Cina seawal zaman dinasti Ming dengan kebudayaan masyarakat era Kesultanan Melayu Melaka. Busana Baba Nyonya Melaka agak serupa dengan pakaian tradisi Melayu yang mana terdiri daripada baju kebaya, sarung batik serta kerongsang berangkai. Penggunaan material yang hampir sama, coarak serta bentuk busana mereka dengan bangsa Melayu tidak jauh beza namun terdapat ciri-ciri yang unik dan mencerminkan identiti mereka

Kasut Manek adalah merupakan khazanah tidak ternilai golongan Baba Nyonya Melaka. Kasut Manek buatan tangan memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk dihasilkan daripada jalinan manik-manik kaca yang bersegi-segi halus pada kain terpal. Asalnya manik-manik yang digunakan untuk menghiasi Kasut Manek diimport sepenuhnya dari Eropah namun lama-kelamaan diperolehi dari Jepun kerana lebih berkualiti dan lebih oriental.

Corak dan motif pada Kasut Manek Baba Nyonya Melaka kebanyakannya terdiri daripada flora dan fauna seperti bunga teluki, mawar, alamanda, burung cenderawasih (phoenix), naga, singa, ayam dan sebagainya. Padanan warna yang digunakan pada manik dan pakaian wanita nyonya mestilah sepadan dan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan mereka. Semenjak tahun 1930-an, Kasut Manek telah mengalami revolusi dan diberi nafas baru dengan rekaan yang lebih moden dan ringkas serta ditambah tumit.


Kasut Manek tradisional bermotif flora


Kasut Manek moden

Pembuatan Kasut Manek yang rumit


Kebanyakan wanita muda Baba Nyonya Melaka masih lagi memakai kebaya bermotif indah dengan kain sarung berkerongsang rangkai serta dipadankan dengan Kasut Manek yang cantik. Mereka akan bersanggul sama ada sanggul satu atau bersanggul dua dengan cucuk sanggul bermotif flora dan fauna, bergelang kaki, rantai serta gelang tangan. Sanggul dua hanya dibenarkan untuk wanita nyonya yang belum berkahwin sahaja.

Golongna lelaki muda Baba biasanya mengenakan baju dan kot serta berkasut kulit. Pada hari keraian mereka mengenakan samfoo dan kasut serta topi.




Beberapa gambar kebaya dari kebayas.com

Gambar daripada Drama Bersiri Singapura, Little Nyonya

Kebaya denagan motif burung cenderawasih

Gadis Nyonya bersanggul dua

Kerongsang berangkai


Manakala untuk golongan wanita Baba Nyonya yang telah berusia (lebih dikenali dengan gelaran bibik), mereka akan mengenakan kebaya panjang berkolar tinggi yang menutup bahagian dada (baju panjang atau dipanggil kebaya encim. Kebaya panjang tersebut mestilah labuh melebihi bawah lutut, terbuka dibahagian depan seakan-akan kebaya, tidak berpotongan mengikut badan (longgar), berkerongsang rangkai, dipakai diluar anak baju berwarna putih (dipanggil baju kecik), berkain agak jarang seperti kebaya (kasa dan sebagainya), dipadankan dengan sarung batik, bersapu tangan (kadang-kala diselitkan pada kolar baju dan disangkutkan pada bahu dan berkasut sarung tidak bertumit. Kasut mereka bersulam dengan pelabagi motif dan warna yang tidak keterlaluan bersesuaian dengan usia mereka. Kebanyakan mereka akan mengenakan seutas rantai labuh dengan loket yang agak besar diperbuat daripada emas dan batu-batu seperti permata dan jed.

Golongan berusia Baba atau lelaki pula berpakain lebih ringkas pada hari-hari biasa namun masih mengenakan samfoo, kot mahupun baju pagoda dengan berseluar dan berkasut sulam serta topi.

Busana Melaka8
Kebaya panjang nyonya

Busana Melaka9

Kasut sarung bersulam dengan motif singa dan flora yang dipakai golongan lelaki Baba

Slamat Pake, dialek Baba Nyonya Melaka turut menghiasi kasut bersulam

Ingin tahu apakah pakaian yang dipakai pengantin Baba Nyonya Melaka? Tunggu. Riqq kena buat research dulu. Hehe.

Museum: Muzium Pulau Besar

Muzium terbaru di Melaka, Muzium Pulau Besar kini sudahpun mula beroperasi. Khabarnya terdapat pelbagai artifak dan koleksi mistik bersejarah yang dipamerkan di sana khususnya yang berasal dari Pulau Besar. Terdapat juga sebahagian artifak dari Indonesia yang telah dituntut oleh Kerajaan Melaka untuk dipamerkan di Muzium Pulau Besar. Muzium terbaru ini terletak di Pulau Besar dan telah menelan kos sebanyak hampir RM 2 Juta untuk disiapkan sepenuhnya sekaligus menjadikannya muzium yang ke-45 di Melaka.

Sebuah bangunan yang diubahsuai kini menjadi satu lagi tarikan terbaru di Pulau Besar

Diorama pertapaan dan amalan mistik yang dilakukan di Pulau Besar. Terdapat info dan gambar-gambar menarik untuk kegunaan pengunjung

Suasana dalam muzium

Artifak-artifak yang dipamerkan kebanyakannya dari Pulau Besar sendiri

Terdapat sebuah artikel mengenai  Muzium Pulau Besar
Sumber: Utusan

Muzium Pulau Besar dibuka kepada orang ramai

MELAKA 23 Nov. - Hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah muzium di Pulau Besar di sini sejak setahun lalu menjadi kenyataan apabila ia mula dibuka kepada orang ramai mulai semalam.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Wira Hamdin Abdollah berkata, Muzium Pulau Besar bernilai kira-kira RM2 juta itu menghimpunkan pelbagai artifak yang ditemui di pulau tersebut.

Menurutnya, selain itu muzium yang merupakan cawangan ke-23 Perzim tersebut turut menyediakan pelbagai bahan yang menceritakan sejarah mengenai pulau yang berkeluasan 168 hektar itu.

"Diharapkan, Muzium Pulau Besar ini akan melengkapkan lagi pulau yang mempunyai tarikan tersendiri ini sebagai sebuah lokasi pelancongan menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

"Banyak maklumat tentang Pulau Melaka dipamerkan di muzium ini antaranya tokoh Islam seperti Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail dan peranan Pulau Besar sebagai pusat bekalan air kepada pelayar dari China dan Eropah semasa berada di Selat Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Muzium Pulau Besar di pulau tersebut yang mula dibuka kepada orang ramai semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pulau Besar, Datuk Omar Kaseh dan Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas.

Menurut Khamis, Muzium Pulau Besar dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan mengenakan bayaran sebanyak RM3 bagi setiap dewasa manakala RM1 bagi kanak-kanak.

"Muzium yang terletak berhampiran dengan jeti Pulau Besar ini turut mempamerkan beberapa artifak dari Indonesia yang dapat mengembalikan semula kegemilangan Melaka suatu ketika dahulu yang terkenal di seluruh dunia," katanya.