Monday, November 29, 2010

Event: Showcase Satu Daerah Satu Industri 2010

Wah, Riqq betul-betul tak sabar nak tunggu event ni, Showcase Satu Daerah Satu Industri, SDSI 2010 anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Pesekutuan. SDSI 2010 akan berlangsung selama 10, 11 dan 12 Disember 2010 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 

Seperti tahun lepas, SDSI 2010 akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Showcase SDSI menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung dan pempamer dari seluruh negara seperti pameran dan jualan, persembahan pentas, menu Malaysia (sajian makanan popular 13 negeri), pemadanan perniagaan (business matching), klinik usahawan, seminar dan macam-macam lagi. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke semua pavilion 13 negeri seluruh negara dan pavilion agensi-agensi lain yang menyertai showcase tahun ini. Tahun lepas Riqq beli macam-macam produk SDSI macam gambar kat bawah ni:


1. Lukah Terengganu bersaiz kecil. Ada juga yang sebut sebagai bubu. Sempat tawar menawar dalam loghat terengganu. Dapat diskaun RM3. Haha


2. Bubu Kedah produk keluaran Kraftani MADA, Kedah. Beli pada hari terakhir


 3. Rebana Ubi Terengganu bersaiz kecil, sangat comel. Sekali pandang Riqq terus beli!

 4. Gendang Terengganu bersaiz kecil. Takkan rebana je, Riqq beli lagi satu, gendang ni

 Ada lagi label Kraftani MADA, siap alamat & nombor telefon untuk tempahan


5. Labu sayong Perak, yang ni Riqq beli sebab unik. Kakak tu cakap labu ni punya corak dibuat gunakan teknik tiup buih guna straw. Cantik kan?

6. Labu sayong Perak biasa bersaiz kecil. Riqq tertarik dengan saiznya yang kecil dan ada corak-corak ukiran halus.

7. Labu sayong Perak teknik tampal tekan. Labu diwarnakan kemudian ditampal dengan tanah liat kemudian ditekan menjadi corak bunga dan daun yang timbul-timbul. Cantik dan unik, bertekstur.


Brosur SDSI 2010

 Bahagian dalam brosur

Design brosur SDSI 2010

 Opps...ada lagi, lupa plak.Riqq ada beli barang ke-8. Sepasang tudung saji kecil hiasan dinding dari Terengganu

Nak beli tudung saji ni pun dekat setengah jam dok pilih. Naik lebam mak cik tu melayan.Hahaha. Last-last warna hijau jugak Riqq beli. 

Sekitar SDSI 2009, Majlis Perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri

Brosur tahun lepas

Bagi penggemar-penggemar makanan tradisional seperti kuih cincin (Sabah), kek lapis (Sarawak), dodol, wajik, wajik sirat, bipang kacang, bangkit, bahulu, dan sebagainya, jangan lepaskan peluang ini. Macam-macam anda boleh rasa dan beli. Rendang tok, serunding daging, ketupat palas, sate, otak-otak, satar, gulai kawah, laksa penang, mee kolok, produk-produk herba dan kuih muih, kraftangan, aksesori, pakaian serta makanan tradisional setiap negeri boleh didapati di showcase ini. 

Harga memang berpatutan kerana pengusaha-pengusaha SDSI sendiri yang buat promosi dan turun padang. Jadi, orang-orang Melaka, Muar dan Nogori jangan lupa berkinjung ke MITC dari 10 hingga 12 Disember 2010 ini ye. Yang jauh nak datang lagi bagus. Riqq dah ready nak explore showcase ni. Jumpa anda di sana ya! Masuk adalah percuma.

Oh ye...klik link dibawah untuk brosur SDSI 2010:

atau dapatkan brosur SDSI di semua TIC (pusat penerangan pelancongan di Melaka Sentral, Jalan Kota, Menara Taming Sari, Plaza Tol Ayer Keroh dan lain-lain)