Saturday, November 13, 2010

Berita: Ikan Lumba-lumba dan Anjing Laut Tarikan Baru di Melaka

Tidak lama lagi anda berpeluang menonton live show ikan lumba-lumba dan anjing laut di Pulau Melaka. Sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan untuk projek terbaru tersebut dan kini sedang dalam proses pembinaan. Projek Taman Sealion akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini yang boleh menempatkan seramai 1500 penonton pada satu-satu masa dengan sebuah kolam anjing laut dan pentas terbuka.


Sepertimana yang kita ketahui, banyak kontraktor tidak tidak dapat menyiapkan projek yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Melaka mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana pelbagai masalah. Untuk mengelakkan masalah yang lalu berulang pula untuk projek ini, DAR telah mengambil inisiatif untuk meninjau sendiri tapak projek dan sering mengikuti perkembangan projek-projek terbaru. Jom kita lihat progress projek terbabit:


Tinjauan tapak projek oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada sebulan yang lepas:-


Datuk Seri Mohd Ali Rustam meninjau perkembangan projek tersebut selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat

Kolam yang akan menempatkan anjing laut

Pentas terbuka yang boleh memuatkan 1500 penonton

Perbincangan dengan kontraktor

Sumber gambar: DAR

Perkembangan projek selepas sebulan:-

Meninjau keadaan tandas


Kolam ikan lumba-lumba dan singa laut

Masih belum siap sepenuhnya

DAR ingin meninjau persiapan Rumah Terbuka Malaysia di Kampung Portugis pula


Sebuah artikel mengenai projek terbabit:
  
MELAKA 29 Sept. – Melaka yang terkenal kerana kepelbagaian produk pelancongan diiktiraf dunia kini mempunyai daya tarikan baru dengan kedatangan dua ekor anjing laut dan ikan lumba-lumba.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan seluas 1.2 hektar di Pulau Melaka sedang dibangunkan untuk tujuan tersebut melibatkan keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM30 juta.

Menurutnya, bagi peringkat pertama, pembinaan Taman Sealion bagi pertunjukkan anjing laut dijangka siap pada 15 November ini manakala kolam bagi ikan lumba-lumba pula siap sepenuhnya penghujung tahun depan.

”Kedua-dua produk terbaru yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat Putri Indo Empat Lestari Sdn. Bhd. akan menambah tarikan pelancong ke negeri ini.