Hujung minggu tiba lagi. Jomlah berkunjung ke Melaka dan nikmati masakan Melaka yang enak dan unik. Kepada penggemar masakan Melaka dan ikan bakar khususnya, hari ni Riqq nak recommend tempat-tempat ataupun medan-medan ikan bakar 'terbaik' seluruh Melaka. Tahukah anda semua, Melaka mempunyai sangat banyak medan dan restoran ikan bakar yang bukan sahaja menyediakan makanan laut yang segar malah lazat serta terkenal di serata Malaysia. Keunikan ikan bakar di Melaka adalah pada bumbu ataupun rempah ratus yang digunakan. Selain itu, orang Melaka juga menikmati ikan bakar dengan nasi lemak dan kicap cili. Pendek kata, barulah syiok!
Berikut merupakan senarai medan-medan ikan bakar yang terdapat di seluruh Melaka berdasarkan populariti dan keenakan masakan yang disediakan:
1. Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong (D' Muara)
2. Medan Ikan Bakar Pernu, Umbai (Umbai Lama)
3. Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak
4. Medan Ikan Bakar Serkam
5. Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai (Umbai Baru)
6. Medan Ikan Bakar Anjung Batu
7. Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan, Kuala Sungai Baru
8. Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai
Signboard Perkampungan Ikan Bakar Terapung
Cantik kan?
Pemandangan Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru, sangat cantik pada waktu malam. Sesekali terasa bayu laut menyapa pipi anda!
Rakan-rakan di Medan Ikan Bakar Umbai Baru (Sue, Kak Ami, Kak Yen dan Kak Ain)
Tadi kosong je meja, tiba-tiba jadi macam nih!
Nampak menyelerakan
Kalau makan di Umbai Lama, Gerai Parameswara antara yang paling sedap!
Ikan bakar
Kicap cili
Nasi lemak
Siakap Sweet Sour
Pilih mana berkenan
Sebenarnya terdapat banyak lagi medan-medan ikan bakar yang lain tetapi senarai di atas adalah antara yang terbaik dari segi kebersihan dan rasanya. Bagi pendapat Riqq, Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong dan Umbai Lama adalah yang terbaik di Melaka dengan masakan yang sangat lazat, servis yang sangat cepat dan pekerja yang berpengalaman. Jadi, luangkanlah masa hujung minggu anda bersama keluarga untuk berkunjung ke medan-medan ikan bakar di sekitar Melaka. Selamat berhujung minggu!