Sunday, December 19, 2010

Berita: Pelancaran Minyak Wangi Sutra

Tahniah diucapkan kepada Tropical Bioessence Sdn Bhd kerana telah berjaya mengeluarkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu minyak wangi Sutra. Majlis pelancaran telah berlangsung di Philea Resort, Ayer Keroh oleh Datin Sei Rosmah Mansor. 

Jom lihat kemeriahan majlis tersebut:

Ketibaan PM dan Datin Seri Rosmah Mansor, DAR dan isteri serta VVIP, VIP dan tetamu jemputan yang lain

Philea Ballroom

Aluan selamat datang dari wakil Tropical Bioessence

DAR dan PM

Gimik pelancaran dan perkenalan produk oleh wakil Tropical Bioessence Sdn Bhd

Cenderahati untuk Datin Seri Rosmah Mansor

4 jenis haruman Sutra

Rosmah lancar minyak wangi Melaka Sutra
2010/12/15

MELAKA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini melancarkan minyak wangi Melaka jenama "Sutra" di sini, hari ini.

Sutra didatangkan dengan dua variasi iaitu Sutra Glory dihasilkan daripada pati bunga kemboja dan Sutra Heritage dihasilkan daripada pati bunga cempaka.
Turut hadir pada pelancaran itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Minyak wangi itu dihasilkan oleh Tropical Bioessence Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Bioteknologi Melaka, iaitu inisiatif bioteknologi Kerajaan Negeri Melaka.

Sementara itu, Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd, Mohd Khairil Said berkata projek menghasilkan minyak wangi itu bermula pada Oktober tahun lalu.

"Idea ini datang daripada Ketua Menteri sendiri (Mohd Ali) yang mahu menghasilkan minyak wangi daripada bunga yang selalu ditemui di Melaka," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran itu.

Beliau berkata, projek itu mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi tujuan kajian, penghasilan dan pemasaran produk itu.
Katanya, pada Mac tahun ini syarikat itu berkerjasama dengan sebuah syarikat minyak wangi di Perancis iaitu Charabot untuk menghasilkan minyak wangi daripada minyak pati yang telah dihasilkan perbadanan itu.

Mohd Khairil berkata, setakat ini dua variasi minyak wangi Sutra itu dihasilkan untuk kegunaan wanita dan syarikat itu merancang menghasilkan minyak wangi untuk kegunaan lelaki pada tahun depan.

"Minyak wangi ini jenis Eau de parfum (minyak wangi dengan tujuh hingga 15 peratus pati pekat haruman) dan dijual dengan harga RM99 sebotol dengan isipadu 75ml," katanya.

Minyak wangi itu adalah kesinambungan kajian pengektsrakkan minyak pati yang dibuat oleh perbadanan itu sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan ia mula memasuki pasaran dalam negara pada tahun 2007. - BERNAMA

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai minyak wangi Sutra, anda boleh menghubungi mereka di:-

Marketing Office :
Tropical Bioessence Marketing,
No 88 Jalan TU2,
Taman Tasik Utama,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka, Malaysia.

Manufacturing Office :
Tropical Bioessence Sdn. Bhd.,
No. ST 519, Jalan Tunas Baru,
Seksyen 1/4, Kawasan Perindustrian MIEL,
78300 Masjid Tanah,
Melaka, Malaysia.

Tel : +606-2324188/+606-2323 500
Faks : +606 2323 887

Sutra Shoppe Selangor:
Wanita Niaga Enterprise (001739642-D)
No. 21-1, Jalab BRP 1/6A, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel : 03-61488430 Hp: /014-6692844