Sunday, December 19, 2010

Berita: Perasmian Kilang AUO Sun Power Corporation

Kilang AUO Sun telah dirasmikan oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lepas. Mari kita lihat gambar-gambar majlis perasmian kilang tersebut:

DAR memberikan ucapan

Suasana di luar dewan

Pekerja-pekerja SunPower

Paluan gendang mengiringi ketibaan PM, DAR dan VVIP dan VIP

Pekerja Sun Power berbaris menanti ketibaan PM

Mantan PM, Tun Abdullah Badawi turut hadir

Menanti ketibaan PM

Ketibaan PM

PM memotong riben sebagai simbolik perasmian disaksikan oleh DAR dan Tun Abdullah

Selesai memotong riben, tetamu kehormat masuk kedalam dewan

PM bersalaman dengan rakyat Melaka yang hadir

Tun Abdullah, membantu merealisasikan kewujudan AUO SunPower di Melaka

Negaraku dan Melaka Maju Jaya

VVIP dan VIP

Suasana di dalam dewan perasmian

Montaj perasmian

Semoga Melaka terus diberkati dan dilimpahi rahmat Allah



Wakil AUO Sunpower memberikan ucapan

Sebahagian tetamu yang hadir

Diharapkan Melaka akan terus maju dan menjadi perintis kepada teknologi hijau dan kepada pemangkin tenaga solar di Malaysia AUO SunPower, tahniah dan syabas diucapkan. Melaka Go Green!

Bagi anda yang tidak masih tertanya-tanya apakah yang dihasilkan oleh AUO Sun Power, sila baca kedua-dua artikel di bawah:-

Kilang AUO SunPower di Melaka akan jana 1,400 megawatt sel solar pada 2013

BERNAMA - Wednesday Dec 15, 9.45PM
ALOR GAJAH, (Bernama) - AUO SunPower Corporation Sdn Bhd (AUO SunPower), pengeluar sel solar, panel solar dan sistem solar, dijangka menjana lebih 1,400 megawatt sel solar setahun apabila siap pada 2013.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Thomas H.Werner berkata kilang itu adalah antara kemudahan yang terbesar di dunia, selain mesra alam.

Ia memulakan operasi pada 60 peratus kapasiti sejak Oktober lepas dan menghasilkan 400 juta sel solar berkecekapan tinggi setahun apabila beroperasi sepenuhnya.

Kemudahan fabrikasi sel solar itu adalah usaha sama dengan AUO, syarikat yang berpangkalan di Taiwan. katanya pada sidang media selepas perasmian kilang itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini petang ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas perdana menteri Tun Abdllah Ahmad Badawi.

"Projek peringkat pertama kilang fabrikasi itu menelan belanja US$600 juta, dengan lebih 1,100 pekerja. Sejumlah US$600 juta lagi akan dilaburkan untuk pembangunan peringkat kedua, tahun depan," katanya.

Ia menggunakan hampir 100,000 tan konkrit untuk membina kilang itu, dan kemudahan peringkat pertama melibatkan kawasan seluas 51.2 hektar.

SunPower Corporation ialah syarikat yang beroperasi di lembah silikon di San Jose, California, Amerika Syarikat dan merupakan antara lima syarikat terkemuka di dunia dengan unjuran perolehan sebanyak US$2 bilion tahun ini.

Werner berkata syarikat itu yang ditubuhkan pada 1985 sebagai syarikat berasaskan teknologi, memasarkan produknya ke negara pengguna panel solar terbesar di dunia - Itali, Jerman dan Perancis. Kilang di Melaka yang diperakui oleh Agensi Tenaga Antarabangsa sebagai reka bentuk berkecekapan tenaga.

Ditapak projek itu, syarikat membina kolam takungan air hujan yang terbesar di Malaysia, yang mencukupi untuk memberi perkhidmatan kepada 25,000 kediaman.

2010/12/16
Pemimpin parti pemerintah berwibawa: Najib

ALOR GAJAH: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia bukan sebuah negara yang ditadbir oleh ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya pemimpin negara ini adalah daripada parti pemerintah yang berwibawa.

Penegasan itu dibuat Perdana Menteri dalam ucapannya pada perasmian kilang AUO Sunpower Corporation Sdn Bhd di kawasan perindustrian Rembia di sini, semalam, beberapa hari selepas laman web antarabangsa, WikiLeaks mendedahkan kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin Malaysia yang didakwa tidak cekap.

Tanpa merujuk pendedahan WikiLeaks, Najib memberi jaminan negara ini sesuai untuk membuat pelaburan kerana ditadbir oleh ahli politik yang sangat cekap dan mampu membentuk kerjasama yang baik dengan pelabur.

“Saya ingin memberi jaminan kepada anda di sini (pelabur luar), Malaysia bukanlah sebuah negara yang ditadbir ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya ditadbir oleh ahli politik yang sangat, sangat cekap,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan terus memberi sokongan kepada pelabur yang berminat melabur di negara ini.

“Misalnya, bagi penubuhan kilang itu di sini, ia menjadi kenyataan sebab kerajaan yang memerintah adalah dari parti yang sama,” katanya pada majlis yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Pengerusi AU Optronics, K Y Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunpower Corporation, Tom Werner.

Kilang AUO SunPower dibangunkan secara usaha sama antara SunPower Corporation dari Amerika Syarikat dengan AU Optronics dari Taiwan dengan kos RM3.72 bilion di tapak seluas 51.2 hektar.

Ia dibangunkan dalam dua fasa dengan setiap satu bernilai RM1.8 bilion. Fasa pertama, berjaya disiapkan dalam tempoh sembilan bulan, manakala kedua dalam tempoh setahun akan datang. Apabila beroperasi sepenuhnya pada 2013, ia akan menjadi kilang pengeluar sel solar terbesar di dunia.

Najib berkata, pembukaan kilang itu bukan saja membabitkan perkongsian kerjasama antara AUO dan SunPower Corporation, malah penyertaan kerajaan Pusat dan negeri.

“Tanpa kerjasama itu, penubuhan kilang itu tidak akan menjadi kenyataan,” katanya sambil menambah pembukaan kilang berkenaan akan memberi impak yang signifikan bukan saja kepada pembangunan di kawasan Rembia, malah seluruh negeri ini.

Katanya, kilang berkenaan juga berpotensi menjadi pemangkin menarik minat lebih banyak pelabur luar untuk membuka industri mereka di sini, khususnya berkaitan pengeluar komponen dan produk tenaga boleh diperbaharui.

"Kilang ini sudah memulakan operasinya dengan mengambil kira-kira 1,200 pekerja termasuk 200 jurutera. Selepas ini, apabila fasa kedua projek berjaya disiapkan dan beroperasi sepenuhnya ia akan mengambil sehingga keseluruhan 4,000 tenaga kerja," katanya.

Najib turut memuji sokongan diberikan Abdullah ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini dalam membantu merealisasikan penubuhan kilang tersebut.