Monday, December 20, 2010

Makan-Makan: Gerai Kuih Merlimau

Sebut sahaja gerai kuih di Merlimau pasti ramai yang teringat kelazatan kuih-muih tradisi Malaysia seperti pisang goreng, ubi getok, keria, donat, popiah, kuih lopes, cekodok pisang, bujang lapok, wadeh, karipap dan sebagainya. 


Gerai kuih yang terletak di tengah-tengah Bandar Merlimau ini bukan sahaja popular dan terkenal dikalangan penduduk setempat, malah turut dikenali oleh pengunjung yang datang dari luar Melaka seperti Muar, Pahang dan Negeri Sembilan yang melalui Jalan Merlimau-Jasin. 

Gerai kuih tersebut dibuka setiap hari dan amat popular dengan ubi getok, pisang goreng, keledek goreng dan kuih lopes. Dibuka seawal jam 12 tengahari, gerai kuih ini bukan sahaja bersih malah menawarkan kuih-muih tradisional Melayu dan lain-lain dengan harga yang sangat berpatutan.


Pisang goreng

Keledek goreng

Bagi anda yang merancang untuk ke Merlimau atau ingin membeli kuih-muih untuk minum petang, jangan lupa untuk singgah dan mencuba sendiri kelazatan ubi getok, kuih lopes dan lain-lain. Anda pasti berpuas hati!

Pelbagai jenis kuih-muih dijual


Kuih lopes gerai kuih ini sangat lazat dan terkenal

Gambar di atas Riqq ambil semasa menunggu gambar passport siap. Tiba-tiba teringat zaman persekolahan dahulu, ketika Riqq dan rakan-rakan menunggu bas, kami pasti akan membeli ubi getok, pisang goreng dan kuih lopes lalu makan beramai-ramai di stesen bas Merlimau. Ramai pelajar sekolah rendah dan menengah seperti SK Merlimau 1 dan 2, SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub, SMK Dang Anum serta Politeknik dan Kolej Komuniti gemar membeli dan menikmati kuih-muih yang dijual di gerai ini. Cubalah!

Jom minum petang dengan pisang dan keledek goreng yang dibeli dari gerai kuih Merlimau!

Hurm, sedap ni!

Cubalah!