Masak lemak ikan sardin
Satu lagi lauk atau masakan tradisi masyarakat Melaka ialah masak lemak. Masak lemak di Melaka tidak terlalu pekat dan sedikit cair tetapi cukup enak. Salah satu masak lemak yang terkenal di Melaka terutamanya di bahagian Jasin Pantai seperti Sungai Rambai, Merlimau, Sebatu dan Serkam adalah masak lemak ikan sardin.
Nampak menyelerakan!
Masakan ini tercipta sejak perkenalan sardin dalam tin di Tanah Melayu dan amat popular seawal tahun 60-an. Masak lemak ikan sardin sangat lazat dan digemari sesiapa sahaja dan menjadi kegemaran arwah datuk Riqq. Menurut datuk, sardin sangat sukar didapati dan mahal harganya.
Hanya golongan berada mampu membeli sardin dalam tin ketika itu. Jadi, orang-orang lama dan nenek-nenek di Melaka mula mencipta resipi ini supaya setiap ahli keluarga dapat menikmati kelazatan ikan sardin. Maklumlah, orang dulu-dulu beranak ramai, berdozen-dozen, jadi ikan sardin tidak boleh dimasak atau digoreng dengan cara biasa. Masakan ini berkuah santan dan cukup untuk seisi keluarga berbanding sardin goreng yang biasa, jadi anak-anak akan cepat berasa muak, cepat kenyang dan tidak berebut-rebut. Jadi, sudah tentu lauk cukup untuk semua orang.

Namun kini, generasi muda di Melaka ada yang berasa pelik dan tidak langsung mengetahui masakan ini. Masakan ini sesuai untuk dihidangkan untuk makan tengahari dan boleh ditambah dengan belimbing buluh ataupun tomato.
Riqq ingin berkongsi resipi masak lemak ikan sardin bersama anda, jadi bagi yang berminat silalah mencuba dan rasai sendiri kelazatannya. Selain dapat mempelbagaikan cara masakan, resipi ini juga boleh membuatkan kanak-kanak lebih berselera berbanding masakan ikan sardin biasa. Masakan ini juga sangat berkhasiat kerana tidak mengandungi minyak (tidak perlu ditumis).
Bahan-bahan:
2 tin besar ikan sardin
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia
3 biji lada hijau atau merah dibelah dua
3 biji bawang besar dibelah empat
1 sudu setengah kunyit dimesin
3 sudu lada mesin (cili kering)
Garam secukup rasa
Sedikit perisa
Santan (sebelah kelapa)
Asam keping / asam gelugor
Bawang besar dan belahan lada
Cara-cara:
1. Buka tin ikan sardin, keluarkan kedalam mangkuk. Asingkan ikan.
2. Didihkan 2 cawan air, masukkan sos ikan sardin, bawang, halia, kunyit, lada mesin, bawang besar, santan kelapa, lada dan asam keping.
3. Setelah mendidih masukkan ikan sardin kedalam kuah, bubuh sedikit garam dan perisa.
4. Tunggu 5 minit dan padamkan api. Bolehlah dihidangkan.
Jadi, apa tunggu lagi? Cubalah!