Wednesday, December 22, 2010

Melaka Cuisine: Sambal Lada Hiris

Sambal lada hiris


Tahukah anda apa itu sambal lada hiris? Sambal lada hiris merupakan sejenis sambal yang kebiasaannya digemari oleh masyarakat Jawa di Melaka. Namun kini, sambal lada hiris turut dimasak dan menjadi makanan untuk masyarakat Melayu di Melaka. Keunikan sambal lada hiris adalah, sambal ini tidak menggunakan cili kering yang dimesin sebaliknya hanya menggunakan hirisan lada segar merah dan hijau. Sambal ini tidak sepedas seperti yang kita lihat dan boleh dimakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Sambal lada hiris sesuai dimakan bersama nasi putih mahupun bubur nasi. 


Cubalah!


Bagi anda yang belum pernah dengar atau cuba sambal ini, Riqq nak kongsi resipi dan cara-cara bagaimana untuk membuat sambal lada hiris seperti yang mummy Riqq selalu masak dan ajar kepada kakak-kakak Riqq.


Sambal lada hiris, kegemaran mummy

Ikan bilis tamban dan hirisan lada hijau dan merah


Bahan-bahan:
10 biji lada merah dihiris
10 biji lada hijau dihiris
Segenggam ikan bilis tamban (bilis besar)
Sedikit belacan
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit garam


Sambal lada hiris sesuai dimakan bersama nasi putih atau bubur nasi


Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan belacan, ikan bilis dan  hirisan lada.
3. Goreng sehingga lada kelayuan dan naik bau.
4. Sekiranya nampak kering, masukkan sedikit air.
5. Masukkan garam dan tunggu 5 minit lagi.
6. Siap dimasak dan boleh dihidangkan.