UiTM Kampus Alor Gajah, Lendu
UiTM Bandaraya Melaka
ITM Melaka (Kini UiTM Melaka) bermula pada 12 Ogos 1984 telah beroperasi di Bangunan sementara IKM di Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan 158 orang pelajar kini UiTM Melaka telah melepasi 10,000 orang pelajar di dua Kampus, iaitu di UiTM Kampus Alor Gajah (KAG) seramai hampir 6,500 dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) hampir 3,500 pelajar. UiTM Kampus Alor Gajah menjalankan Program-program Diploma manakala UiTM Kampus Bandaraya Melaka menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Sarjana.
Kampus Alor Gajah telah dirasmikan pada 2 Mei 1996 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke 4. Kampus ini merupakan kampus tetap dengan keluasan kawasannya 358.2 ekar.
UiTM Melaka terus berkembang pesat dengan menyahut cabaran untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri bagi mencapai 200 000 pelajar UiTM menjelang 2015. Atas usaha dan kerjasama UiTM Melaka dengan Kerajaan Negeri Melaka maka wujudnya UiTM Kampus Bandaraya Melaka, yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 26 Mac 2007. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500.
Dari 1984 hingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah Kampus. UiTM Melaka kini berada dibawah pentadbiran Datuk Prof Madya Dr Mizan Hj Hitam.
Blog Nadim (Jebat), Kolej kediaman Riqq selama 3 tahun!
Logo Nadim
Penubuhan UiTM KBM (Kampus Bandaraya Melaka) adalah agenda nasional dengan usahasama Ketua Menteri Melaka dan Naib Canselor UiTM hasil daripada saranan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia untuk mencapai enrolmen seramai 200,000 pelajar bumiputera di UiTM menjelang tahun 2010. UiTM KBM telah dirasmikan pada 26 Mac 2007 oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam.
UiTM KBM yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka telah mula beroperasi dengan persediaan pengurusan pada 15 Disember 2006 dan diterajui oleh 11 staf pentadbiran. Manakala aktiviti akademik telah bermula pada 3 Januari 2007. Pengarah UiTM KBM adalah di bawah pengurusan Pengarah UiTM Melaka, iaitu Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hj. Hitam dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus Bandaraya iaitu Prof Madya Mohd Zainud-Din Hassan. Kampus ini meliputi bangunan 16 tingkat dan dilengkapi dengan bilik-bilik kuliah, makmal-makmal komputer, pejabat-pejabat Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Bendahari, Unit Keselamatan, dan Bahagian Pengurusan Fasiliti, serta pusat sumber, bilik mesyuarat, auditorium, surau, kafeteria, pusat pelajar dan parkir dalam bangunan. Kolej kediaman pelajar siswa adalah di Kolej Tun Mamat, Kg Morten manakala kolej kediaman siswi di Kolej Taman Bertam, Pulau Gadong.
Kumpulan pertama pelajar UiTM KBM merupakan pengambilan bagi Semester Disember 2007 – April 2007 dengan jumlah pelajar seramai 970. Kini UiTM KBM mempunyai jumlah hampir 3,500 orang pelajar sepenuh masa dan separuh masa.