Monday, March 28, 2011

Berita: Taman Tema Empire Marine


Pasti semua tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku di Klebang Besar. Mengapakah Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menambak pantai Kelebang sebegitu rupa? Sebuah prrojek mega berharga 600 juta oleh pemaju hartanah terkemuka dunia, Empire World Wide Sdn Bhd sedang dibangunkan di kawasan penambakan baru Klebang Besar.


Apabila siap kelak, Taman Tema tersebut akan menempatkan pelbagai tarikan pelancongan dan rumah kediaman bertaraf 5 bintang dilengkapi dengan apartmen, perkampungan air, taman tema, amphiteatre, kolam renang, jakuzi, pusat beli belah, marina, pusat konvensyen, kompleks kebudayaan dan perniagaan serta lain-lain.


Berikutan itu, projek ini dianggap sebagai sebuah projek yang mampu mengubah senario pelancongan Melaka dan mampu melonjakkan nama Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka di rantau ini. Berikut merupakan artikel dan informasi berkaitan projek tersebut:-

Sentral: Mercu tanda baru di Klebang Besar

Oleh Siti Nor Saadah Mdh Yusof

Taman Tema Empire Marine bernilai RM600 juta bakal siap menjelang 2011

MELAKA: Melaka bakal mendapat satu lagi mercu tanda apabila projek Taman Tema Empire Marine Melaka berharga RM600 juta siap dibina di kawasan Klebang Besar dekat sini menjelang 2011.

Projek di kawasan seluas 81.2 hektar yang dimulakan secara rasmi baru-baru ini diyakini mampu melonjakkan lagi pembangunan sektor pelancongan negeri ini.

Ia berkonsepkan warisan kebudayaan dan sejarah Melaka yang bakal dipaparkan secara interaktif untuk membangkitkan kembali zaman kegemilangan Melaka.

Taman tema berprestij itu akan dibina dengan reka bentuk moden dilengkapi kemudahan permainan air, pusat sukan dan permainan khusus untuk kanak-kanak.

Selain pelbagai permainan air bagi memberi kelainan dan keseronokan pengunjung, turut disediakan ialah persembahan kebudayaan 'amphitheatre' dengan inspirasi sejarah awal Melaka, kolam renang serta jakuzi.

Presiden Empire World Wide Sdn bhd, Datuk Dr Alex Teh berkata, kemudahan lain adalah penginapan 1,397 unit apartmen, 202 chalet perkampungan air serta 3,000 bilik hotel bertaraf lima bintang, selain 200 kediaman berlainan konsep.

Katanya, fasa pertama projek bermula baru-baru ini membabitkan pembinaan 510 unit kompleks perniagaan perusahaan kecil dan sederhana.

"Apa yang membanggakan, setakat ini 80 peratus apartmen berjaya dijual. Dari segi promosi, kami memberi tumpuan menarik lebih ramai pelancong China berkunjung ke negeri ini berdasarkan pasaran pelancongan yang baik di negara itu, sekali gus menjadikan taman tema ini yang terbaik di selatan tanah air," katanya.

Mirip kubu Portugis abad ke-16, taman tema itu turut menggunakan rekaan rumah tradisional Melayu Melaka bagi menampilkan ciri-ciri kebudayaan negeri ini.

Beliau berkata, setiap ruang bakal memberikan suasana santai kepada pengunjung, selain pengalaman menghayati hidupan laut menaiki kapal mewah di persisiran Selat Melaka.

Dr Alex berkata, turut disediakan ialah pusat konvensyen dan ruang pameran yang mampu menempatkan 10,000 pengunjung pada satu-satu masa.

"Kami yakin projek ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi Melaka di samping membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ini membantu kerajaan negeri menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung dan bermalam di sini," katanya.


RM600m marine park to woo tourists

Monday December 17, 2007
TheStar

MALACCA: The state will have a new tourist attraction with the completion of the RM600mil Malacca Empire Marina Park in Klebang Besar within four years.

The project, undertaken by Empire Properties Ventures Sdn Bhd, will have a marine theme park, a 10,000-seat international convention centre, sailing boat docks, a three-storey shopping complex, 510 small offices, 1,397 apartment units, a five-star hotel with 3,000 rooms, historical gallery and a replica Dutch ship.

The company's president Datuk Alex Teh said three lionhead-shaped water villages would be the pride of the project.

“The lionhead water villages will be supported by stilts and will be above the sea water. A total of 1,140 chalets will be built with three distinctive styles on each head,” he said.

Teh said the chalet designs would follow the Malacca kampung house, Chinese and European styles.

“The concept is somewhat like Dubai Palm Resort where homes are built on man-made islands but here they will be built on stilts,” he told reporters before the start of piling works for the project.

He said that 80% of the 510 small offices had been taken up and they would be constructed within 14 months.

“Due to lack of space for the project, we will undertake land reclamation of 69ha and have sought approval from the state,” Teh said.

He said the firm was banking on tourists from China making up more than 50% of the visitors after completion of the park.

“People in China know more about Malacca than Kuala Lumpur because they know about the former trading port’s history and Admiral Cheng Ho’s visit in the 16th century,” he said.