Sunday, October 31, 2010

Berita: Melaka Alive, History In a New Way

Sarner IXL Sdn Bhd, which will invest a total of RM62.5mil in a major tourist attraction project in Malacca to be known as “Melakaa Alive, History In a New Way”, is targeting to achieve 800,000 to 1 million visitors in the first 12 months of its operations.
Sarner president Mohd Nizar Mohd Najib said the first phase of Malacca Alive would be completed by April next year and the second and final phase slated for completion in 2012.
The Malacca Alive tourism project is located in Bandar Hilir which was declared a Unesco World Heritage Site.


Mohd Nizar said the crown jewel and focus of attraction of Malacca Alive would be Bahtera Merdeka, which offers visitors the experience of 5D, the first of its kind in Asia.
“Visitors will experience the birth of a nation, from the start of Malacca through the years of prosperity until the beginning of Malaysia, and the venue can also be used for other purposes including concerts,” he said at a press briefing yesterday.


Malacca Alive would also have a couple of museums such as the 4-D theatre Rakyat museum showcasing Malaysia’s natural history and a time travel museum which gives visitors the experience of going back in history. Moreover, there will be 50 retail outlets and outdoor warisan complex bistro as well.


Malacca Alive and the museums are build under the auspices of Perbadanan Muzium Melaka which is tasked to manage daily visitors at the tourist sites.
Mohd Nizar said phase one of Malacca Alive cost slightly over RM21mil, while phase two would cost RM41.4mil. The project would be financed via bank borrowings.
There will also be a grand tour of the place through various modes of transport.


Berita: Projek Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D


Pernahkah anda menonton wayang dengan air menjadi layarnya?

Seperti tidak masuk akal tetapi itulah produk pelancongan terbaru dikenali sebagai Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D (dulu dikenali Dataran Cahaya dan Bunyi) yang sedang dibangunkan berhampiran Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini.

Projek yang menelan belanja RM21 juta itu merupakan sebuah panggung wayang yang menggunakan tirai air sebagai layar dan dibangunkan di atas sebuah kapal dikenali sebagai Bahtera Merdeka.

Keunikan menonton wayang dengan air menjadi layar adalah yang pertama dibina di Asia menggunakan gabungan teknologi dari United Kingdom, Itali dan Amerika Syarikat (AS).

Projek itu dibangunkan dengan usahasama Syarikat Sarner IXL Sdn. Bhd. dan Perbadanan Muzim Melaka (Perzim).

Ketua Pegawai Eksekutif Sarner IXL Sdn. Bhd., Suffian Afendi Ahmad Apandi berkata, Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D merupakan panggung wayang paling unik pernah dibina di negara ini kerana menggunakan tirai air sebagai layar.

Lebih menarik, katanya, orang ramai akan menonton wayang di atas sebuah kapal yang dibina khas mirip kapal yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai Bahtera Merdeka.
''Wayang yang akan ditayangkan mengisahkan kisah sejarah silam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga negara mencapai Kemerdekaan.

''Tidak hanya menonton wayang dengan air menjadi layar tetapi ia turut dilengkapi dengan kesan khas seperti bunyi letupan, percikan api, tiupan angin, asap, gegaran dan sebagainya.

''Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan jaluran cahaya digital yang akan mengikut rentak filem yang ditayangkan serta dibantu oleh sistem audio termoden menggunakan teknologi dari Itali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Suffian Afendi berkata, bahtera yang sedang dibina itu mampu memuatkan kira-kira 320 penonton untuk setiap tayangan.

Katanya, Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D dibangunkan mirip seperti yang terdapat di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menurutnya, orang ramai akan merasai seolah-olah berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka ketika menonton wayang itu kerana dibantu oleh kesan khas, jaluran cahaya digital dan sistem audio.

''Inilah keunikan Bahtera Merdeka yang pertama terdapat di Asia. Melaka Alive Bahtera Merdeka bakal menjanjikan pengalaman paling unik kepada orang ramai," katanya.

Projek itu, katanya, telah pun bermula sejak menandatangani perjanjian dengan Perzim pada 10 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya April tahun depan.

Beliau berkata, itu merupakan projek fasa pertama dan bagi fasa kedua pula pihaknya akan menaiktaraf empat muzium di bawah pengurusan Perzim melibatkan kos sebanyak RM41 juta.

--UTUSAN


ILUSTRASI pelukis menunjukkan layar air dijadikan wayang secara 5D bagi Projek Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D di Dataran Pahlawan Banda Hilir Melaka.

History: Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang



Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang (meninggal dunia pada tahun 1498) ialah Bendahara Melaka yang ke-5. Beliau adalah seorang Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan jawatan Perdana Menteri seperti sekarang. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir ulung yang teragung di alam Melayu pada abad ke-15.

Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka.
Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara.

Setelah Tun Perak dilantik menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara pada ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil Muslim ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak.

Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja.

Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah berjaya menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan taklukan Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. 

Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.

Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebagai contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau sendiri.

Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.

Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Riayat dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.


Antara anak-anak beliau adalah:
1. Tun Zainal Abidin
2. Tun Pikrama
3. Tun Telanai
4. Tun Besar

Sahabat-sahabat yang rapat dengan beliau adalah:

1. Hang Ujal (gelaran diraja: Tun Bija Setia)
2. Sang Naweng
3. Hang Busu (gelaran diraja: Tun Bija Pikrama)
4. Hang Tulus (gelaran diraja: Tun Rakna)

Saturday, October 30, 2010

Dances: Tarian Istana Lama, Ceracap Inai


Tahukah anda terdapat banyak tarian-tarian asli yang berasal dari Istana Melaka? Berikutan terjadinya peperangan antara Melaka dengan Portugis, Sultan Mahmud Shah, para pembesar dan sida-sida telah berundur ke Muar. Persembahan-persembahan tarian tersebut turut dibawa bersama-sama mereka. Salah satu tarian Istana Melaka yang sangat unik dan sudah tidak ditarikan di Melaka kini adalah tarian Cerecap Inai. 
Tarian Ceracap Inai ini hanya ditarikan di hadapan Sultan, kerabat diraja dan pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu majlis keramaian diraja. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai mempunyai unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), bertujuan untuk merendahkan diri kepada golongan bangsawan.Tarian ini ditarikan di balai penghadapan dan balairung seri istana oleh penari-penari, dayang-dayang dan penghibur diraja.



Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'bunga emas dan perak bertempawan' dan para penari akan membawa sepasang talam ceracap yang bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. 
Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil seperti 5, 7, 9, 11 dan 13 orang atau boleh juga ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja. Kini, tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar yang pernah menjadi tempat persinggahan Sultan Mahmud Shah.

Thursday, October 28, 2010

Berita: Jambatan baru yang akan menghubungkan Malaysia dan Indonesia

This is not the lastest news about the project, but I just want to share this good news with all of u so that u'll get some information and idea about it and i'll keep updating the news to all of you from time to time. The project is really good for increasing not just economy and social to both countries, but it could help to improve the relationship between citizens. Please read the article below:-



China Exim Bank boleh membiayai sehingga 85 peratus daripada kos AS$12.5 bilion (kira-kira RM43.75 bilion) untuk membina jambatan Melaka-Dumai, sepanjang 52 kilometer, menghubungkan Teluk Gong di Melaka dan Dumai di Sumatera, kata Pengurus Besarnya, Tang Yinlian hari ini.

Baki kos itu boleh ditanggung sendiri pemegang kepentingan jambatan itu, iaitu Straits of Malacca Partners Sdn. Bhd., katanya di Seminar Projek Jambatan Selat Melaka di sini.
"Kami akan berunding untuk mendapatkan pinjaman swasta yang melibatkan beberapa pihak bagi tujuan itu, kata Pengerusi Straits of Malacca Partners, Tan Sri Ibrahim Zain.

Bagaimanapun, beliau enggan membincangkan secara terperinci butiran jambatan itu, yang dianggarkan akan memakan masa sembilan tahun untuk disiapkan mulai dari tarikh mendapat kelulusan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang turut hadir di seminar itu, berharap kerajaan Indonesia dan Malaysia akan memberikan kelulusan pelaksanaan projek itu menjelang akhir tahun ini.
Sebaik siap, laluan kenderaannya akan menjadi penghubung buatan manusia terpanjang antara dua buah negara.

"Kami tahu, selain kelulusan kerajaan, terdapat isu lain seperti pengambilalihan tanah yang perlu diuruskan tetapi itu bukan menjadi masalah," kata Mohd Ali.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong pelaksanaan projek itu yang pertama kali dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi terpaksa diketepikan berikutan krisis kewangan Asia 1997/98 melanda negara ini.

Projek pembinaan jambatan itu berdaya maju dan menguntungkan dan dijangka meningkatkan sektor pelancongan Melaka serta ekonomi kedua-dua negara, kata Mohd Ali.

"Jambatan itu mempunyai potensi ekonomi yang besar, jika diambil kira penduduk di Sumatera yang berjumlah 70 juta orang berbanding dengan Singapura, yang mempunyai hanya 4.0 juta penduduk," katanya.
Katanya, trafik di atas jambatan itu dianggarkan kira-kira 15,000 kenderaan dan caj tol setiap kenderaan boleh dikenakan antara AS$75 (kira-kira RM262.5) hingga AS$85 (kira-kira RM297.5). -

--BERNAMA



Tuesday, October 26, 2010

Info: Tourism Melaka / Melaka Tourism Promotion Division

Today I want to share some important and precious information about the Melaka Tourism Promotion Division that I managed to get and collect during my practical training for diploma. So, for those who seek information about the organization or practical training place for tourism and hospitality students, I would like to suggest to all of u to pick this organization because it is one of the major leader for tourism industry in Melaka. 

Why Melaka? Because Melaka is the best tourism destination in Malaysia and at the same time you can learn a lot of things about tourism and you'll realize that how important to maintain and preserve tourism destinations and attractions which includes history, culture, arts and so on. Tourist arrivals in Melaka is increasing from time to time and Melaka manage to get highest income from tourism industry.

The Melaka Tourism Promotion Division, Melaka Chief Minister’s Department has been established by Melaka State Government on 4th October 2000 based on result of the State Government Meeting Council or ‘Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka’ (MMKN) which agreed to hire 23 contract posts as tourism sector was the major source of income for Melaka State.

In the early of Melaka Tourism Promotion Division establishment, 6 peoples from the Melaka Development Corporation or ‘Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka’, (PKNM) has been borrowed or transfered to work for the Melaka Tourism Promotion Division and other relevant posts was added and arranged from time to time according to the needs and situations for tourism sector in Melaka.The Melaka Tourism Promotion Division is divided into two sections which are:


1. The Melaka Tourism Promotion Division itself
2. The Melaka Art Brigade or ‘Briged Seni Melaka’

Melaka Tourism Promotion Division, Melaka Chief Minister’s Department

The major functions of Melaka Tourism Promotion Division is to promote Melaka State as a unique tourism destination to all over the world according to Tourism Melaka 12 Sub-Sectors with its motto: “VISIT HISTORIC MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA”.

The Melaka Tourism Promotion Division is actively promoting Melaka State to all over the world by participating in tourism fairs and exhibitions, conventions, seminars, roadshows and travel marts in countries like Indonesia, Singapore, China, Thailand, Saudi Arabia, Kuwait, UAE, Taiwan and some European countries.

The Melaka Tourism Promotion Division is currently operating at Lot 6 – 10, Level 1, Melaka Media House, Business City Street, Melaka International Trade Centre (MITC) City with 56 staffs consists of Managers, Administrative Assistants, Officers, Artists, Cultural Artists, Tourist Informers and Office Boys. 

The General Manager of Melaka Tourism Promotion Division during my practical training last year was Mr. Nazary Ahmad who is also the Chief Executive Officer (CEO) of Melaka Taming Sari Berhad (Taming Sari Tower) and the General Manager of the Melaka Hari Ini paper.

The Melaka Tourism Promotion Division genarally has two management or division which consists of the Administration Division (Melaka Tourism Promotion Division itself – MITC) and another one is the Cultural and Artistic Division (Melaka Art Brigade – Bukit Peringgit). Both division is centralized and monitored under the Melaka Chief Minister’s Department at Seri Negeri, Ayer Keroh. There are eight units or departments under the Melaka Tourism Promotion Division which are:

Administration Unit
Research and Development Unit (R&D)
Meeting, Incentives, Convention and Exhibition Unit (MICE)
Promotion (Domestic and International) Unit
Communication Unit
Cultural Unit (Melaka Art Brigade)
Event Unit
Financial Unit

Melaka Art Brigade (Briged Seni Melaka)

The Melaka Art Brigade was established on March 1989 by the Melaka Chief Minister’s Department. From 1994 until 1996, this group has been managed by the Melaka Art Academy (Akademi Seni Melaka) for the administration of the group.

In 1996 until 1998, the Melaka Art Brigade has been managed by ‘Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka until the group was dissolved started on January 1999. Melaka Chief Minister’s Department then realized that it is important to have an art group which represents and shows the Melaka State images, uniqueness and cultures to the world by performing shows and cultural performances, the Melaka State Government decided to establish and did the reoperation this group and the management has been given to the PM Cultural and Tourism Sdn. Bhd. (PMCT) started on April 1999.

On May 2002, the PM Cultural and Tourism Sdn. Bhd. (PMCT) faced a bad financial and management problems because of certain factors, the Melaka Chief Minister has been instructed to transfer and operate the Melaka Art Brigade under the Melaka Tourism Promotion Division. Currently, the Melaka Art Brigade was operating at Rumah Kerajaan, No. 7, Bukit Peringgit Melaka.

Vision

The vision of the Melaka Tourism Promotion Division is to make the Melaka State as a popular tourist destination in Asia with motto:

“VISIT HISTORIC MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA”

Mission

There are three biggest missions of the Melaka Tourism Promotion Division in order to gain and develop tourism industry and tourist arrivals which are:

1. Developing Tourism Industry to contribute major source for economic growth (GDP) and jobs opportunities for Melaka State
2. Attracting 8.2 million tourists to visit Melaka by 2010
3. Extending tourists overnight and stay in Melaka to 3 nights by 2010

Objectives

The objectives of the Melaka Tourism Promotion Division establishments are:

1. Melaka as a MUST visit destination in Malaysia
2. Melaka as a MICE destination
3. Contributes major source for economic growth (GDP) and jobs opportunities
4. Expands length of stay to 3 nights by 2010
5. Attracts 8.2 Million or 50% of foreigners to visit Melaka by 2010

Tourism Strategies

The Melaka Tourism Promotion Division also applying the effective strategies in order to achieve its vision and mission in the tourism industry as well as a tourism state leader in Malaysia. There were nine major tourism strategies that very effective and applied since the Melaka Tourism Promotion Division was established until present are:

1. Collaboration of government and non-government organizations (NGOs) sectors
2. New tourism products and services / renew / reoperation
3. Niche Market / Niche Product
4. Adequate human resources
5. World class facilities / adequate amenities
6. Promotion (Domestic and International)
7. Research and Development
8. Focusing on Tourism Melaka 12 Sub-sectors with motto: 
“VISIT HISTORIC MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA”
9. Get supports from Government of Malaysia

Major Functions

The Melaka Tourism Promotion Division has five major functions. The Major functions of the Melaka Tourism Promotion Division are:

1.  As a major source to promote Melaka tourism: Domestic and International
2. Provide tourism and events services
3. Prepared MICE needs and facilities
4. Research and Development (R&D)
5. Planning and Applying: Promotion, Events, R&D, MICE (Melaka, Malaysia, ASEAN, Asia and World)


 A very attractive promotional tools for Melaka and the organisation also gain some money to advertise their hotels, resorts, homestays and so on.


With other practical students from UNIMAS, Kak Mamal and Kak Ami at Menara Taming Sari.


The invitation card for official state ceremony or events.


The Melaka Tourism Promotion Division Logo.







Sunday, October 24, 2010

History: Gambaran Kompleks Istana Kerajaan Melayu Melaka

Balairung Istana Melaka yang diwujudkan adalah berdasarkan beberapa gambaran yang tercatat di dalam Sejarah Melayu (rujukan pada versi edisi Shellabear, Winstedt dan A. Samad Ahmad) serta Hikayat Hang Tuah (naskah Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi Kassim Ahmad). 

Oleh kerana disebabkan beberapa pembatas (seperti tiadanya balairung sebenar yang dibina menurut ketentuan-ketentuan senibina Melaka lama dan tiadanya kompleks keistanaan yang sebenar) maka segala persembahan di balairung adalah diwujudkan dalam lingkungan struktur yang sedia di bina iaitu sebahagian daripada bangunan istana itu. 

Oleh yang demikian, beberapa pembahagian balairung tidaklah merupakan balairung seperti yang digambarkan di dalam hasil sastera lama itu. Walau bagaimanapun, suasana dan kegemilangan balairung kesultanan Melaka itu telah diciptareka seberapa rapi dan teliti mengikut lunas-lunas dan konsep kebudayaan dan adat istiadat Melayu pada zaman itu.

KONSEP KOMPLEKS KEISTANAAN RAJA MELAKA

Menurut Sejarah melayu, apabila Raja Melaka menyuruh Bendahara membina istana dan balairung, maka yang dibina adalah satu kompleks keistanaan yang terdiri daripada struktur-struktur berikut:-

1. Istana Besar 
2. Balairung Seri
3. Balai Penghadapan 
4. Penanggahan 
5. Istana Kecil – 3 buah 
6. Balai Jawatan 
7. Balai Apit 
8. Pemandian 
9. Balai Kendi 
10. Bangsal Gajah 
11. Masjid 
12. Pagar Istana 
13. Kota Awang

KONSEP BALAIRUNG SERI ISTANA MELAKA

Gambaran balairung Istana Melaka hanya dapat dikutip daripada catatan di sana sini di dalam Sejarah Melayu (SM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT). HHT ada menyebut tentang besar (atau saiznya):

“Syahdan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu”.

Pembahagian balairung pula dibahagi kepada beberapa peringkat atau kawasan-kawasan yang dikhususkan, sama ada untuk pegawai-pegawai atau untuk meletak perkakas diraja. Kawasan yang utama, selain singgahsana tempat raja bersemayam ialah SENIBALAI;

"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara, dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan orang besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai”.

Kawasan seterusnya yang diberi perhatian ialah KELEK-KELEKAN BALAI:

“… maka segala anak raja-raja itu duduk di kelek-kelekan balai kiri kanan…”

Kemudian, disebut siapakah yang duduk di SELANG-SELANG:

“… hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang,…”.

Seterusnya dinayatakan siapa pula yang berada di KETAPAKAN BALAI:

“… hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang…”.

Akhirnya dicatat kedudukan orang yang berada di SELASAR BALAI:

“… maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di selasar balai”.

Dinyatakan juga tempat letaknya perkakas diraja:

“Adapun segala perkakas raja, seperti ketur (bekas berludah diraja diperbuat daripada emas atau perak bertatahkan permata nilam dan delima - raja dahulu gemar memakan sireh pinang, maka, ketur menjadi alat kebesaran dan suatu kemsetian di dalam balai) dan kendi (bekas menyimpan air diraja diperbuat dari emas atau perak), kipas dan barang sebagainya diselang-selang duduknya; melainkan puan (bekas sirih kegunaan diraja, emas atau perak) dan pedang di kelek-kelekan kiri dan kanan: pedang kerajaan itu laksamana atau Seri Bija Diraja (Hulubalang Besar) memikul pedang itu”.

PEMBAHAGIAN BALAIRUNG

Daripada kedudukan para menteri dan pembesar nyatalah Seri Balai ialah yang terpenting; kemudian ialah tempat duduknya anak raja-raja iaitu di kelek-kelekan kiri dan kanan. Kerana tak mungkin anak raja-raja dibelakangkan oleh para menteri dan pembesar, maka kelek-kelekan yang wajar ialah di kiri kanan singgahsana. Mereka tentunya menghadap muka ke arah seri balai, dan merupakan pengapit raja yang bersemayan di atas singgahsana.

Selang-selang ialah kawasan yang menghubungkan balairung dengan istana besar. Oleh kerana pula struktur bangunan yang ada ini tidak dibina selang-selang maka kawasan ini ditiadakan.

Konsep ketapakan balai tidak begitu jelas. Kamus Dewan mentafsir dengan “tempat kehormatan di balai penghadapan” dan mentafsirkan balai penghadapan sebagai “balai sementara untuk menghadap raja”. 

Di dalam senarai (kompleks keistanaan) di atas, balairung dan balai penghadapan adalah dua struktur yang terpisah. Besar kemungkinan balai penghadapaan itu sebuah balai kecil sebelum balairung; dan di sanalah berdirinya hulubalang-hulubalang muda menjaga keselamatan para menteri dan pembesar yang berada di balairung.

Satu lagi konsep ketapakan balai ialah bahagian balairung yang terkebelakang sekali, iaitu bahagian orang mula-mula menapak sebelum masuk ke seri balai. Hal yang demikian dapat diperjelaskan jika balairung itu digambarkan sebagai manusia. Singgahsana sebagai tajuk atau kepala, seri balai sebagai tubuh badan dan ketapakan balai sebagai kaki atau tapak. Dan sesuai benar ia sebagai tempat hulubalang-hulubalang muda berdiri atau ‘menapak’ di situ.

Selasar balai ialah bahagian yang menganjung keluar, atau serambi balairung. Tempat ini sesuai dengan kedudukan anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja atau sederhana pangkat atau pakaiannya. Keadaan ini dapat dipamerkan kerana ada serambi pada struktur bangunan.

Perkakas raja yang kadangkala diperlukan oleh raja (seperti ketur, kendi, kipas dan sebagainya) tidak dibawa ke dalam balai tetapi diletak di selang-selang (dibelakang kawasan singgahsana) dan hanya di bawa ke depan jika raja memerlukannya. 

Pedang kerajaan dan puan, satu alat penting dalam istiadat purba dan sebagai simbol diraja (satu daripada alat-alat kebesaran diraja) diletak di kelek-kelekan. Sirih anugerah diraja memainkan peranan di sini. Pedang kerajaan dipikul oleh Laksamana (bergilir-gilir dengan Hulubalang Besar) di kelek-kelekan. Puan di kiri dan pedang di kanan raja.

KONSEP SINGGAHSANA DIRAJA

Berkenaan singgahsana, Sejarah Melayu menyebut:

“… maka Sultan Mansur Shah pun duduk di atas singgahsana kerajaan di atas peterana yang bertatahkan permata”.

Dan peterana, menurut Hikayat Hang Tuah:

“… ke atas peterana yang keemasan yang bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-rumbaikan mutiara”.

Bertolak dari situ, maka gambaran singgahsana yang dikemukakan ialah sebuah SINGGAHSANA TUJUH TINGKAT yang dipayungi oleh PAYUNG TUJUH TINGKAT. Struktur ini melambangkan TUJUH PETALA LANGIT dan TUJUH PETALA BUMI. 

Payung yang berperingkat-peringkat tujuh lapis itu melambangkan tujuh petala langit. Warnanya putih dan kuning pada rumbai-rumbainya. Kedua warna ini warna kesultanan. Putih lambang cahaya agama (nur) dan sinaran kedaulatan (kuning). Tujuh tingkat payung ini berkembang besar di bawah dan semakin kecil apabila mendekati siling bumbung. 

Singgahsana tujuh tingkat melambangkan tujuh petala bumi. Bentuk tapak singgahsana yang bercorak permata bersegi tujuh dengan tujuh penjuru. Tujuh tingkat itu naik berperingkat-peringkat hingga sampai ke puncak singgahsana. Puncak singgahsana, tempat raja bersemayam ini, berbentuk permata lima segi; dan ini melambangkan lima tiang agama. Tinggi tiap tapak ialah tujuh inci; bermakna tinggi singgahsana 49 inci (7 x 7). Angka 7 dipilih sebagai asas konsep singgahsana.

Petarana, di tingkat ke tujuh singgahsana, ialah kerusi diraja yang dikemukakan sebagai bunga teratai, seroja atau telepuk. Bunga ini dipandang suci di dalam kebudayaan Melayu bahkan dalam kebudayaan Asia yang lain, dan Mesir Purba. Yang bersemayam di atas peterana itu ialah Seri Sultanu’l-mu’azzam wa’l-maliku’l-mukarram zillu’llah fi’l-alam.

Di bahagian belakang singgahsana, didirikan payung iram (payung ubur-ubur) tujuh kaki di sebelah kirinya dan tujuh kaki di sebelah kanan. Payung-payung ini disusun mengikut taraf kedudukan seseorang dalam adat istiadat diraja Melaka. Payung yang terdekat dengan singgahsana adalah yang paling tinggi tarafnya. Susunannya adalah:

1) putih
2) kuning
3) ungu
4) merah
5) hijau
6) biru
7) hitam

Susunan ini dikutip dari catatan Sejarah Melayu:

“Bermula payung putih lebih daripada yang kuning, kerana payung putih itu tampak dari jauh, sebab itulah maka payung putih itu lebih daripada kuning, dan pakaian raja payung putih, dan pakaian anak raja payung kuning”.
“… dan payung kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar, dan payung ungu dan merah dan hijau itu payung sida-sida dan bentara hulu-balang sekalian. Adapun payung biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga”.

Kelek-kelekan kiri dan kanan diduduki oleh anak raja-raja. Di bahagian depannya, berhampiran singgahsana duduk bentara kiri dan bentara kanan. Fungsi mereka menyambut surat dari utusan, menyampaikan sembah (utusan kepada raja). Di kelek-kelekan sebelah belakang berdiri pengipas raja. Berdiri di hadapan kelek-kelekan memikul padang kerajaan ialah Laksamana (atau Nija Diraja). Di luar kelek-kelekan, di selasar, dua tombak kerajaan didirikan kiri kanan.

Seri Balai ialah tempat segala menteri dan pembesar negeri Melaka. Di kiri kanan balai dibina tempat duduk panjang; yang diberi nama naga-naga:

“Akan istiadat Temenggung, mengatur orang makan di balairung… maka ia berjalan di naga-naga mengatur orang makan itu…”.

Orang besar-besar yang setara tarafnya duduk berseberangan atau bertimbalan. Apabila raja dihadap orang maka segala menteri, orang besar-besar dan sida-sida naik duduk di tempat masing; dikhaskan tikar duduk masing-masing. Gambaran naga sebagai hiasan penyandar naga-naga diambil dari kata naga-naga itu sendiri.

Konsep naga memang banyak terdapat di dalam mitos Melayu; lagipun ia melambangkan kehebatan empayar yang berdasarkan ‘kelautan’, ‘samudera raya’ dan ‘kenusantaraan’ yang dikelilingi oleh lautan. Di sini diutarakan sepasang naga (di kiri kanan seri balai) mendaulatkan raja Melayu yang bersemayam di tengah-tengah bunga seroja yang suci – yang wujud dari tujuh petala bumi serta dilindungi oleh tujuh petala langit.

Di bahagian tengah seri balai ialah tempat segala aktiviti yang bersabit dengan hal ehwal kenegaraan, pentadbiran dan perihal antarabangsa.

Di bahagian belakang seri balai, duduk pegawai-pegawai yang lain. Di sana juga berdirinya beberapa orang hulubalang memikul pedang hinggalah ke pintu besar istana. Di belakang balai, hampir pintu masuk diletakkan canang, yang ditunggu oleh penghulu balai.

Selasar balai ialah tempat bagi pegawai yang muda-muda yang sederhana atau rendah tarafnya.
Selasar balai yang hampir singgahsana diduduk oleh biduanda didahului oleh penghulu biduanda. Merekalah yang membawa alat perkakas diraja seperti ketur, kendi, kipas dan sebagainya. Bersama-sama mereka ialah biduanda Cina, anak cucu anak-anak menteri yang diam di Bukit China. Kebanyakan biduanda ini budak lelaki belasan tahun.

“… dan bagindalah yang menjadikan anak tuan-tuan biduanda kecil, dijadikan suruh-suruhan raja dan membawa segala alat raja, barang sebagainya”.

“Maka segala anak menteri Cina itu disuruh diam di bukit, di luar kota; maka disebut orang bukit itu Bukit China… dan anak cucu orang itulah yang dinamai biduanda Cina”.

Diorama Balairung Seri Istana Melaka yang dizahirkan melalui Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah

Replika Istana Melaka yang dibina semula berdasarkan ciri-ciri dan gambaran Sejarah Melayu