Thursday, November 11, 2010

Berita: Ulasan Isu Melaka Maju 2010

Malacca developed status self-declared - Malaysian Insider


Benar, memang tepat status Melaka Maju 2010 adalah 'self-declared'!!!
Opps, nanti dulu, ingat senang-senang jer nk blah?? Sila baca artikel kat bawah nih!


Mengapa? Kerana OECD bukanlah satu badan yg layak untuk memberikan status ini kepada mana-mana negara, termasuklah untuk memberikan status maju kepada USA, UK, Jerman, Canada, Perancis, Sweden dan lain-lain lagi (silalah merujuk www.oecd.org). Perlu diingat disini, OECD cuma satu perkumpulan negara-negara 'MAJU' yang berkongsi maklumat dan kepakaran seperti mana yang dijelaskan di dalam laman web mereka:-
OECD brings together the governments of countries committed to democracy and the market economy from around the world to:


a. Support sustainable economic growth
b. Boost employment
c. Raise living standards
d. Maintain financial stability
e. Assist other countries' economic development
f. Contribute to growth in world trade

The Organisation provides a setting where governments compare policy experiences, seek answers to common problems, identify good practice and coordinate domestic and international policies.


Sebenarnya tiada satu pun badan di dunia ini yg boleh memberikan taraf maju pada mana-mana negara ataupun negeri, rujuk ulasan wakil OECD Jon Hall yg turut hadir semasa majlis pelancaran Melaka Maju 2010 pada 20 Oktober lepas,


“The OECD did not endorse the Malaccan declaration, mainly because we are not in a position to do so. As I tried to stress in my speech on Wednesday (October 20), there is no official definition of a developed country (at least none that I am aware of) so the OECD are in no position to set the criteria,”


Jadi, adakah ini menunjukkan bahawa kesemua 33 negara anggota OECD belum maju kerana tiada siapa yang boleh mengesahkan mereka telahpun maju?


MAJU adalah sesuatu yg subjektif, ia sebenarnya ialah perubahan sesuatu ke arah yg lebih baik, sebab itu bila kita kata kampung kita dah maju, org tanya kenapa kita ckp kampung kita dah maju?, Kita jawab api dah ada, air dah ada, jalan dah tar sampai depan rumah, ada kemudahan rekreasi, kehidupan sosial dan insaniah yang lebih baik, dan sebgainya betul?

Apabila Datuk Ali Rustam, DAR jadi ketua pemimpin Melaka pada 1999, beliau telah bertekad untuk memajukan Melaka. Tetapi, apakah ukurannya? Beliau telah meminta pandangan OECD dan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan diadakan, dan hasilnya ialah penetapan 32 indikator yang meliputi semua aspek sosial dan ekonomi (seperti mana yang digunapakai oleh negara-negara ahli OECD). Bukan seperti negeri lain yang langsung tidak membuat 'bench-marking' bila mendakwa negeri mereka telah maju. Yang itu memang memalukan bangsa dan negara, menipu rakyat. (Sila fikir sendiri, negeri mana yang mengisytihar sebagai negeri maju pertama di Malaysia, sebelum Melaka – mula huruf S)


Pengakuan OECD - Melaka berjaya lepasi 32 indikator negara maju dengan cemerlang, pajabat DAR



Dan pada 20.10.2010, Melaka dengan bangganya melepasi kesemua 32 indikator-indikator ini, malah ada sesetengahnya lebih baik dari negara-negara anggota OECD lain, contohnya KDNK Melaka ialah USD14, 261 berbanding Turki hanya mencatat KDNK USD13,000 sahaja, yang paling minima. Oleh itu tidak syak lagi Melaka memang layak mengisytiharkan atau diisytiharkan sebagai NEGERI MAJU. Dan pencapaian ini telah disahkan oleh Jon Hall sendiri. Malah, beliau turut hadir dalam majlis pelancaran Melaka Maju 2010 yang lalu.


Memang Melaka hanya sekangkang kera, memang tiada ahli dalam OECD terdiri dari sebuah negeri seperti Melaka, oleh yang demikian kita patut berbangga sebab dengan saiz yg kecil dan sumber kekayaan yang terhad, Melaka sebenarnya memang layak diiktiraf sebagai negeri maju, malah secara relatifnya adalah lebih maju dari sesetengah negara ahli OECD sendiri! Melaka tidak tersenarai dalam ahli-ahli OECD (semak laman web mereka) sebab tidak layak, kerana hanyalah merupakan sebuah negeri yang telah mencapai status negeri maju berdasarkan atau merujuk kepada 32 indikator yang digunapakai oleh OECD dalam menentukan taraf maju atau sebaliknya sesebuah negara/negeri.


Maskot Melaka Maju pun hijau juga! Cool!



OECD bukan sebuah badan seperti SIRIM yang memberikan penarafan ISO kpd syarikat-syarikat atau organisasi yang mereka audit menepati syarat-syaratnya, sebab sepeti yang dikatakan tadi, perkataan maju itu sendiri subjektif dan ianya adalah relatif kepada sesuatu.


Adakah ini bermakna Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menipu rakyat Melaka? Fikirlah sendiri.
Menurut Jon Hall, taraf maju sesuah negeri atau negara itu sebenarnya bergantung kepada persepsi rakyat sendiri, beliau mengulas;


“...this is what the Malaccan authorities did, and they even ran a survey of the public to see what the Malaccans themselves thought about their development status,”


OECD tidak mengesahkan (endorse) Melaka sebagai sebuah negeri maju sebab badan itu tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian....





Jadi, untuk membawa negeri/negara kita maju, apakah yang perlu kita jadikan ukuran? Buat ukuran sendiri? Dan dakwa kita sudah capai status maju? Kan lebih baik tanya yang pakar, dalam kes ini OECD, tutup cerita.
Kesimpulannya, tindakan DAR sejak 10 tahun dulu memang bijak dan patut dibanggakan, seperti mana PM kita membanggakan beliau.


Bagus-bagus, warna hijau jugak yang cantik kan!



(dipetik daripada artikel Saya Anak Melaka, SAM di Facebook dan www.oecd.org dengan sedikit penambahbaikan) 


Jadi, selepas ini, tiada lagi sebarang persoalan ataupun isu yang boleh dibangkitkan mengenai status tersebut ok? Mulanya, memang kecewa, tetapi lepas dah baca segala-gala kenyataan dan rujuk laman web sana sini, akhirnya    bolehlah Riqq cakap, 


"PAS, PKR & DAP, SILA JANGAN TABUR FITNAH & CERITA BUKAN-BUKAN PASAL STATUS NEGERI MAJU MELAKA OK!" 


Jadi, kalau sesiapa bangkitkan isu ni, jawab je camni : Memanglah Melaka syok sendiri dan self endorsed status tu sebab dah lebih dari layak dah..kenapa? kamu cemburu ke?


Hai adik manis...Nak kemana tu ramai-ramai? Owh nak lalu je? silalah...sila, jalan baik-baik ye...hahaha




Benci politik, once da macam ni, memang rasa nak ganyang-ganyang je tangan siapa yang dok gatal sebar fitnah camni. Nak pergi mana tu? Nanti, Riqq x habis berhujah lagi...


Apakah 32 indikator yang Melaka telah penuhi untuk berjaya mencapai status negeri maju??


Ini dia, ambik!! Kalau betul-betul rasa tak puas hati, sila banding bezakan dengan pencapaian negeri kamu sendiri. Jangan asyik condemn orang lain saje.



Indikator yang dipaparkan di sini adalah pencapaian terkini iaitu setakat (20 Oktober 2010) dan disertakan juga perbandingan antara pencapaian Malaysia (compare dengan Malaysia ok) dan negara-negara lain. Bertanda star tu Melaka berjaya capai dengan cemerlang.

1. KDNK Per Kapita (PPP $US -Harga Semasa)

Melaka $US 15,578.0* 
Malaysia $US 14,015.3
Turki $US 13,100.0

2. Kadar Pertumbuhan KDNK (%)

Melaka -0.4%
Malaysia -1.7%
USA -2.4%

3. KDNK - Sektor Pertanian (%)

Melaka 4.6%
Malaysia 7.7%
Denmark 1.2%

4. KDNK - Sektor Pembuatan (%)

Melaka 47.9%*
Malaysia 26.9%
Perancis 14.1%

5. KDNK - Sektor Perkhidmatan (%)

Melaka 48.4%
Malaysia 57.4%
Norway 55.9%

6. Kadar Inflasi (%)

Melaka 0.1%*
Malaysia 0.6%
Iceland 12.0%

7. Pengagihan Pendapatan (Gini Coefficient)

Melaka 41.0
Malaysia 46.2
Mexico 48.1

8. Kadar Pengangguran (%)

Melaka 2.4%*
Malaysia 3.6%
Sepanyol 18.1%

9. Jangka Hayat (Jumlah)

Melaka 73.0
Malaysia 74.4
Turki 72.0

10. Jangka Hayat (Lelaki)

Melaka 70.2*
Malaysia 70.0
Korea 31.2

11. Jangka Hayat (Perempuan)

Melaka 75.7
Malaysia 76.8
Turki 74.0

12. Kadar Kematian Bayi (Per 1,000 Kelahiran)

Melaka 8.2
Malaysia 6.5
Turki 26.0

13. Kelayakan Tertiari (% Dari Umur 25-34 Tahun)

Melaka 29.6%
Malaysia 58.1%
Jerman 22.0

14. Jenayah (Per 100,000 Orang)

Melaka 723.5*
Malaysia 771.2
Sweden 13,493.4

15. Pembunuhan (Per 100,000 Orang)

Melaka 1.6*
Malaysia 2.2
USA 5.2

16. Wanita Dalam Pengurusan (%)

Melaka 29.7%*
Malaysia 28.8%
Jepun 9.0%

17. Wanita Dalam Parlimen (%)

Melaka 10.7%
Malaysia 15.0%
Turki 9.0%

18. Pekerja Berpengetahuan (%)

Melaka 26.3%
Malaysia 27.6%
Mexico 18.4%

19. Kadar Pertumbuhan Penduduk (%)

Melaka 2.1%
Malaysia 2.1%
Hungary -0.1%

20. Kadar Kemiskinan (%)

Melaka 0.5%*
Malaysia 3.6%
Republik Slovakia 21.0%

21. Bekalan Air (% Kepada Penduduk)

Melaka 100.0%
Malaysia 100.0%
Korea 92.0%

22. Bekalan Elektrik (% Kepada Penduduk)

Melaka 100.0%
Malaysia 100.0%
UK 100.0%

23. Akses Kepada Telefon & Telefon Bimbit (Per 1,000 Orang)

Melaka 1,332.1*
Malaysia 1,028.0
Kanada 1,080.0

24. Penggunaan Internet (Per 1,000 Orang)

Melaka 590.0*
Malaysia 317.0
Greece 180.0

25. Pengeluaran CO2 Per Kapita (%)

Melaka 6.7%
Malaysia 6.3%
Belanda 11.1%

26. Bilangan Spesis Terancam

Melaka 631.0
Malaysia 631.0
Luxembourg 5.0

27. Indeks Persepsi Rasuah (CPI)

Melaka 4.5
Malaysia 4.5
Mexico 3.3

28. Tanah Yang Dilindungi (%)

Melaka 11.0%
Malaysia 11.0%
Ireland 0.5%

29. Keberkesanan Kerajaan (%)

Melaka 84.0%
Malaysia 84.0%
Itali 66.4%

30. KDNK - Sektor Pembinaan (%)

* Sektor pembinaan negeri Melaka mencapai 2.7% pencapaian negara Jerman

31. Bilangan Doktor (PER 1,000 Orang)

* Jumlah seorang doktor kepada penduduk mencapai 1.2% pencapaian Turki dan Korea

32. Kadar Kebergantungan (%)

* Kadar kebergantungan negeri Melaka mencapai 61.0% pencapaian negara Jepun

Pembangunan Lahiriah (Physical Look)
Pendekatan yang paling ketara kerana seseorang rakyat dapat merasai tentang kemajuan negeri Melaka adalah melalui Physical Look, iaitu padangan fizikal yang merangkumi lima aspek yang boleh dilihat, dirasa dan dialami oleh penduduk. Oleh itu, rakyat negeri Melaka memainkan peranan yang penting dalam menilai pencapaian negeri Melaka dari segi kebersihan, lanskap / keceriaan, insfrastruktur dan kemudahan awam, sistem pengangkutan awam dan perkhidmatan kerajaan negeri. Maklumbalas dan persetujuan daripada rakyat menjadi tunjang kepada pengistiharaan Melaka Maju 2010!


20.10.2010, Tarikh sebegini takkan boleh berulang lagi



Jadi, selepas melihat kesemua 32 indikator tersebut yang merupakan bench-marking untuk mencapai status tersebut, adakah Melaka layak? Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.