Siapa yang tak pernah minum Laici Kang? Hurm, rasanya minuman ini memang terkenal di Seluruh Malaysia dan pastinya anda pernah minum Laici Kang. Tetapi di Melaka, Laici Kang dicampur dengan air Gula Melaka dan orang-orang Melaka minum Laici Kang pada waktu malam. Minuman ini dapat menyejukkan badan.
Jom tengok apa bahan-bahan dan campuran dalam Laici Kang.
Air Laici yang dicampurkan dengan gula Melaka dan sirap
Buah Laici atau longan dalam tin
Nata de Coco, agar-agar dan cincau
Kembang semangkuk dan selasih
Buah mata kucing
Buah kundur
Barli
Agar-agar
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 1 tin Laici
2. Gula Melaka
3. Buah Mata Kucing
4. Buah Kundur
5. Agar-agar
6. Cincau
7. Barli
8. Selasih
9. Kembang semangkuk
10. Sirap
11. Nata de Coco
Cara-cara:
1. Masak 2 mangkuk air, masukkan barli, gula Melaka, buah mata kucing. Biarkan sehingga mendidih.
2. Rendam kembang semangkuk dengan air mendidih, biarkan seketika.
3. Masak agar-agar (hijau dan merah), biarkan beku.
4. Potong cincau dan agar-agar.
5. Sediakan mangkuk, masukkan bahan-bahan seperti air rebusan buha mata kucing dan gula Melaka, agar-agar, cincau, sirap, laici, nata de coco, selasih, kembang semangkuk dan lain-lain.
6. Kacau dan masukkan sedikit sirap. Jika tawar masukkan air gula. Sejukkan dan boleh dihidang.