Monday, January 17, 2011

Education: Akademi Pelancongan Melaka (APM)


Penubuhan Akademi Pelancongan Melaka (APM) diilham dan disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam supaya sektor pelancongan di negeri Melaka dimantapkan dan dimajukan terus agar dapat mengekalkan daya saing tarikan negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan yang unggul di Malaysia dan rantau ini sempena Melaka Maju 2010 dan Tahun Melawat Malaysia.

Akademi pelancongan Melaka ditubuhkan pada 30 Julai 2006, dibwah Akta Syarikat 1965, sebagai Akademi Pelancongan Melaka Sdn. Bhd. APM adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang dimiliki penuh oleh Kumpulan Melaka Berhad sebagai pemegang syer syarikat (100%).

Kewujudan APM ini adalah juga untuk memenuhi impian dan aspirasi Y.A.B Ketua Menteri Melaka untuk melihat agar Melaka menjadi pemacu terbilang di dalam sektor pelancongan di Malaysia dengan berteraskan pendekatan proaktif dan dinamik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan industri pelancongan di Melaka.


Dahulunya Akademi Pelancongan Melaka beroperasi di Bangunan Rumah Rehat Jasin di alamat Jalan Rumah Pegawai Daerah, 77000 Jasin, Melaka. Namun setelah setahun beroperasi di Jasin, APM berpindah ke Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh. Setelah setahun beroperasi, APM kini berpindah pejabat di Aras 1, Bangunan Mahkamah Majistret MBMB, Jalan Tun Sri Lanang, 75150 Melaka sehingga sekarang.

Pengiktirafan pertama yang diterima oleh APM adalah dari Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan pada 16 April 2007. APM juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Akademi Pelancongan Melaka juga telah diiktiraf sebagai Institut Latihan Pelancongan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada Jun 2010 bagi menjalankan kursus-kursus yang berkaitan dengan industri pelancongan.

APM juga merupakan agen tunggal di Melaka yang telah dilantik oleh Corporate Coach bagi menjalankan kursus Mesra Malaysia, Tourism English dan Act Tourism sepanjang tahun 2007 bersempena Tahun Melawat Malaysia.

APM merupakan agensi pelaksana bagi menjalankan kursus-kursus dan program jangka pendek dalam sektor pelancongan dan hospitaliti dengan memberi latihan secara teori dan amali kepada mereka yang terlibat di dalam industri tersebut agar mutu perkhidmatan yang diberikan bertaraf profesional.

APM turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) pada 26 Mac 2010 dengan tujuan memajukan lagi sektor pelancongan bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Misi:

Untuk memantapkan mutu perkhidmatan dalam bidang Pelancongan menjelang Melaka Maju 2010 dengan motto:

"1 Malaysia, Hospitality & Tourism"

Visi:

Menjadi institusi latihan dalam bidang pelancongan dan pembangunan modal insan yang terunggul di Malaysia seiring dengan perkembangan semasa.


Objektif Akademi Pelancongan Melaka:

1. Sebagai pemangkin yang khusus untuk memberi latihan, pendidikan serta kursus-kursus dalam pelbagai bidang yang terlibat dalam industri pelancongan di negeri Melaka.
               
2. Memastikan agar mutu perkhidmatan yang diberikan oleh mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan bertaraf professional.

Fungsi:

1. Memberikan latihan secara teori dan praktikal ("Hands on dan skill") bagi mereka yang terlibat.
               
2. Merancang dan melaksanakan program modal insan.
               
3. Menganjurkan seminar, bengkel, pakej penginapan dan pengurusan acara.


Kursus-Kursus Yang DiTawarkan:

Kursus Pengendalian Makanan
Kursus Pengendalian Makanan untuk Katerer
Kursus Pramusaji
Kursus Masakan
Kursus "Malaysia Welcomes The World" - Mesra Malaysia
Kursus "Malaysia Welcomes The World" - Tourism English
Kursus "Malaysia WElcomes The World" - Act Tourism
Kursus Pembuatan Pastri dan Kek
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
Kursus Keterampilan Diri
Kursus Menghadapi Temuduga
Kursus Membuat Roti
Kursus Intensif Bahasa Inggeris Conversation & Using the Telephone
Kursus Intensif Bahasa Inggeris Writing Skills




Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Akademi Pelancongan Melaka
Tingkat 1, Bangunan Mahkamah Majistret MBMB,
Jalan Tun Seri Lanang,
75150 Melaka.
Tel: +606-286 9960 / 62
Faks: +606-286 9961